Archive for April, 2006

Penawar Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh
pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah
salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a
turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling
minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang
mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah
rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon
keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati
juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.
Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya……(perkara yang
elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada
waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di
dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya,
ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang
disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar
dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak
melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati
kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang
subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,
mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

Thanks 4 my fwen who send me this.May Allah Bless U.Thanks 4 dis advice.InsyaAllah I’ll remember.I’ll try to do it as far as I can.Pray for me.