Archive for September, 2006

Aku tinggalkan CINTA kerana DIA

Moga di kurnia hidayah dan qudrat untuk ikut akan hidayah yang di kurnia.
"Apa kabar iman kita sekarang?" Aku tinggalkan CINTA kerana DIA……

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman denganNya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri dan juga pada saudara saya sesama Islam untuk bekalan hari mendatang.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang
pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
-dr seorang sahabat-
Mafraq, Jordan.

P/S : Apa yang perlu difokuskan iaitu pada pengajaran dari kisah ini. Saudara kita ini yang hanya seorang yang berpelajaran agama, tapi dia sedar akan kelakuannya yang membelakangkan ALLAH dalam hal ini. Oleh itu, kita sebagai panghafaz dan pemikul kalamNya seharusnya lebih2 lagi mengutamakan Allah pada setiap masa dan keadaan. Adakah kita berbuat demikian? Atau lebih teruk lagi kita mengabaikan pandangan Tuhan dan lebih mengihtimamkan pandangan manusia…


bicara kita bicara sufi,tanpa suara dan kata-kata,
kerana penghubung kita adalah suara hati,bertemu dan berpisah kerana Allah swt

**ExtroBiz [post ni xde kait mengait ngn diri aku]..Muhasabah….

Cinta = Perspeksi Islam

hoo ~is it suppose to be like dis ? i mean ble dah jadik adolescent kne kapel lah eh? hmm..xtau nk ckp pe.mendalah cinta nih..fuhh~!! dasat sungguh !!.it seems like to be compulsory la pulak utk teenage2 skang !.bagi aku plak..aku saje yg tau..huhuh~.dialog bwh ni cambes je.**Baik punya cilok fromExtro Biz || We are never too old to learn, and never too young to die..Follow the step of Ulama’ to learn, and follow the step of syuhada’ to die || [respect ah word nih !!]

A :Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.

B :KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG,
    BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE.         ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?

A :Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya
     ke lembah penzinaan.

B :KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN
    KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.

A :Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
     akan memerangkap kamu.Iblis amat
     berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia
     telah menipu moyang kita yang pertama,Adam
     dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
     Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga
     seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
     (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

B  :TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG
     BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN.           ADA YANG BERCINTA DALAM
     TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK
     PERNAH BERSUA MUKA PUN!

A  :Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
      dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
      pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan
      pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
      perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret
      kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
      tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
      akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
      kepada perzinaan akhirnya?

B  :TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH?        ITU PUN ZINA KE?

A  :Zina ada bermacam-macam jenis dan
     peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
     berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
     kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu
     dengan khayalan berahi dengan kekasih
     sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
     Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
     adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
     zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
     berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
     Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
     perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
     melalui mana-mana jalan perzinaan.

B  :DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH
     KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*

A  :Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
      tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
      hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
      cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
      Allah, kejayaan tidak akan membawa
      kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
      lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
      yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi
      belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
      Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
      macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan
      Atid.

B  :SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI
      STUDY GROUP. *(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

A  :Study Group…? nampak lain macam saja, manja,
      senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
      Takkan study group berdua sahaja? Kemana-
      manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group
      study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
      macam ni…betul ke bincang pelajaran?
      Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
      yang lain tu… banyak masa dihabiskan dengan
      fantasi cinta!

B  :TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.

A  :Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
     berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
     sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
     nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
     manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
     manusia.

B  :KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY
    GROUP,SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.

A  :Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

B  :TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG
YANG DIBERNARKAN DALAM ISLAM UNTUK
BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?

A  :Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,
tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang
dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.

B  :TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.

A  :Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

B  :KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI
KEPADA PENZINAAN?

A  :Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

B  :MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI
TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.

A  :Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya
jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.

B  :JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu
Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang
yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

B  :TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK
MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT.
BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN
SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.

A  :Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada
yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang
amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit. Kalau mahu mengetahui peribadi
pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan.
Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama
seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa
dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin.
Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan
perkara-perkara yang haram antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu
mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya
pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah
pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga
masing-masing. Bukankah itu lebih baik?
Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh
mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.

B  :PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI
MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI
.

A  :Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?

B  :TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT,
ABANG ANGKAT BOLEH KE? GANTI BERCINTA

A  :Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.

B  :JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA
TELAH HILANG MARUAH DIRI?

A  :Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah
ditentukan oleh Allah.

B  :ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG
MARUAH?

A  :Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.
Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.

B  :JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK
BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH BERCINTA JUGA?

A  :Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

B  :KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI

A  :Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.

B  :SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI
YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.

A :Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.

B  :JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH
MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI? (tidak mengikut syariat)

A  :Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.

B  :MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK
BERCINTA DI ZAMAN INI?

A  :Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan
ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)… Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)

B  :BAGAIMANA KAMI?

A  :Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.

B  :KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN.
TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.

A  :Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah
semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin,
semakin hambar & kurang rasa cinta setelah
menjadi suami isteri.

"Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini..
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin". Moga Allah terima taubat
mu.

B  : KITA BERPISAH KRN ALLAH..KALAU ADA JODOH TAK KE MANA..

PROVERBs SAPE LA NI EH…AKU LUPE :D

 "CINTA itu ibarat air mineral… hakikatnya ia adalah bersih, jernih dan suci… dan yg nak buatkan rasa AIR itu MANIS adalah kita… dan yg nak buat rasa AIR itu PAHIT juga adalah kita…tetapi, jika kita membuangnya dan tak memerlukannya, nanti kita sendiri MATI DAHAGA…"

Cinta kepada harta ertinya BAKHIL, Cinta kepada wanita ertinya ALAM, Cinta kepada diri ertinya BIJAKSANA, Cinta kepada mati ertinya HIDUP dan Cinta kepada Tuhan ertinya TAQWA.

 

Marhaban Ya Ramadhan

Peristiwa2 penting yg berlaku dlm bulan Ramadhan:

  • Turun wahyu pertama-17 Ramadhan
  • 17 Ramadhan-Jumaat- Badar Alkubra-Peperangan 1st dlm Islam menentang org musyrik- sangat penting kerana ia menaikkan Kalimah Allah n menguatkan kedudukan Islam di Madinah n Jazeerah   Arab- 2 hijrah    
  • Fathul Makkah-10 Ramadhan-8 hijrah-tanda berakhirnya kuasa kafir Quraisy n Makkah n permulaan kepada pengislaman seluruh Tanah Arab.
  • Kemenangan umat Islam ke atas kerajaan Farsi - perang Al Qadisiyyah - 14 hijrah - panglima tertinggi Farsi Rusam terbunuh..nisbah bil tentera Farsi : tentera Islam = 6 : 1
  • Peperangan Ain Jalut diantara tentera Islam dgn Monggol! - tentera Islam dibawah pimpinan Muhammad Saifuddin Qutuz, Monggol-Hulagu Khan - berlaku pd 24 ramadhan - 7 hijrah - pemimpin tentera monggol terbunuh dlm peperangan - Kitbuka…imagine bejalan 10,000 km tak penah kalah..macam gerombolan belalang..
  • Penakhlukan Andalus (spain) bermula pd 28 Ramadhan - tahun 92 hijrah - bermula dgn Tariq Ibn Ziyad n diikuti dgn serangan dr Musa Nusayr…
  • Peperangan sittah october ‘73 -sgt glamour di mesir sampai ade satu tpt name sittah october! antara Mesir n Israel - sgt hebat!!! dgn segala kedaifan tentera Mesir berjaya menewaskan tentera Israel..tak ingat dah detail ..berape..tentera etc..

Ect:-
Ramadhan..senanye kalo kte x buat pape2 pun dlm bulan Ramadhan nie..Ramadhan ni dh cukop hebat!!.."Sayyidu Syuhur"..manusia nie kalo tahu..apa ada dgn Ramadhan..pasti harapkn Ramadhan sepanjang tahun..tapi masalahnye yg tahu pun..buat2 tak tahu..nape yek?..masa nak msk bulan Ramadhan..Syurga2 semua dihias mengikut perintah ALLAH.."tazayyani…!".harapnye bile kita semua dibangkitkan diakhirat kelak ..kita x kan menyesal..takut bila keluar dr Ramadhan..kite tak dapat pape..Na’uzubillah..
Bila dtg ramadhan nie..manusia ade 4 jenis:

  1. sibuk dgn jasad
  2. bln malas!
  3. abid ramadhan
  4. siapkan diri utk pikul tanggungjawab seterusnya..


Renung2 kanlah kita berada dikategori mana..
kita cuba ihat maqasid sahur tue sendiri..maqasidnye bukan makan tuh..tapi waktu sahur tuh..
kalau dilihat dr hakikat puasa mengikut Ibnu al Qayyum..puasa nie senanye:

  1. Menahan diri dr syahwat
  2. Menjauhkan diri dr perkara yg melalaikan
  3. Lapar n dahaga akan memecahkan indiviluastik
  4. Menyempitkan ruang laluan syaitan.
  5. Merehatkan anggota badan dr gelojak nafsu..


Act..kalo kte nak maintan sampai akhir Ramadhan..kita kena ade 3 perkara..

  • idrak–>ma’rifah..(ilmu)
  • ‘atifah–>sensitiviti
  • iradah..kehendak!

sbb ilmu je ttg Ramadhan..bukan jaminan utk ubah sikap bila sampai ke penghujung Ramadhan…kena ade iradah yg kuat..bulan Ramadhan nie try la jaga waktu2 perdana..3 waktu perdana..is:

  • selepas subuh—>terbit fajar..
  • lepas asar —->subuh
  • masa time sahur..

so, fikir2 lah nak isi dgn ape time2 perdana cam nie..

Syahru Ramadhan..byk peristiwa berlaku..Badar..Fathul Makkah..Prg Buwaib..Pembukaan Andalus..Perang Al Mu’tasim..Ain Jalut….hebatnya sahabat terdahulu..Ramadhan meniupkan roh erk ..lg +++ semangat juang..bukan Ramadhan nie jd bulan malas n tidur je….
Actually.watak n lokasi sahaja berbeza sejarah nie.tetapi jalan cerita same je..

Wallahua’lam..

-by blog hira’ Generasi Rabbani..InsyaAllah-

CHOKING HAZARD

haha !! story psl hr yik  !! keke..satu cite je..amik hadiah turun tangga salah ! woah..hall of fame jadik hall of shame..~ hampagass..pastuh mse balik terjumpe ust.Azam (ust yg ganti ustazah Maziah hr tuh).ust yg sememangnye kewl~hehe.ckp2..pastuh balik..Dok umah je hingga hujung waktu..

hari ni plak.the truth !! dah tau ! hehe..phew~ glad..aku mmg salute spring kt diri aku sendirik..haitt!  tu ler pasal.. semoga kisah ini bakal m’jadi sebuah kisah klasik untuk masa depan..pergh~ pengajaran jugak ! aku malas nk cite blk.. tp sememiangnye  case in tlh memecah belahkan tuntas menghancor leburkn hatiku yg satu.a..>ku ade satu je hati<..[ketidakwarasan padaku...] Yo !big applause for this person yg dah mmg buat aku pahit hati…Terima kasih bijaksana !! u’re brilliant !

aku pn x phm gak org cani..kte kaver die..kte tolong die..smpai liver die buat camtuh kt aku..masa tu aku hampir2 je jadi generasi patah hati..seb baik ade kwn2..[anugerah terindah yg pernah kumiliki] yeah ~ sahabat sejati gue sihh~ masakan sahabat iri hati..hehe..dorang je yg lihat,dengar dan rasakan..kalo x aku sorang2 je sorang terkontang kanting berhenti berharap m’hadapi situasi kne cemtuh..padahal tade org pon tanyaku cite yg sebenar..cane2 aku tetap bertahan disana.fuhh~

so hari ni mmg hepi lah sbb aku dh dgr cite syahirah..so aku really glad tahap maX ! waiii ! tunjukkn aku bintang ! hahah..ok ni waktu yg tepat untuk berpisah~ salam alaik..melompat lebih tinggi !! temani aku !! tunjukkn aku kalo ade salah silap.!!buat aku tersenyum..pemenang !!

InsyaAllah binNajah for All PMR’ian..

|nSuFF|C|EnT

Counting the day..hehe..first of all, Sorry to all of U..tak kesa ah sape2 pon.. knal ke tak ke..pe kesa. Sorry fer all the mistake I’ve done wether sengaja or x sengaja..hehe~ Maafkanlah…

2006 n i’m 15..so many things happen..xkire ar sme ade suke ke x ke..best ke xbest ke..nak ke xnak ke..all things dat is destined to be happen to me..happen.. no kesa one ! as a servant kne terima dgn redha..dan qanaah. : )..can say advent gak arh ! b’coz i’ve learned so many things bout life..not so many act..! hehe~ teach me how to manage + how to sabar + how to settle…tp kdg2 lose gak : (…wut can i do.setiap manusia ada kelemahan msg2..kadang2 ape yg mrk pikir baik itu buruk bg mrk..dan kadang2 ape yg mrk pikir buruk bg mrk itu baik bg mrk..cam cite asiah yusra tuh ! fuhh~!! bagos tol nasihat smpai skang aku ingat..(sbb nme aku gak ! hihi)

rse cam terok gilo ini taun maa ! Rse besalah always appeared seyh~ ..pressure kotss..huhu! hope can fullfill mak n ayah’s dreamm..InsyaAllah (Pray for Me) 9 A’s In Grasp InsyaAllah..

Lps exam ready raya pas raya skol 3 weeks than cuti panjang..so i’ve listed things to do after xm..hope it’ll be gerenti beres..hihihi..

hohoho~ besa dah ah aku taun depan eh..form 4 ooo..(cam tua sgt2) :D..psal pindah skol i can say konfem static je kat bumi maahad..wa manyak sayang sama itu maahad lorhh ! xtergerak hati pon nk blaah tmpt lain..hihi..

fitnah ..slanderer..jauh ke dekat ke..huh~ bebunyi jugak..saba saba saba..tp kdg2 los temper gak..tol ak?? bg aku..aku tatau nk buat ape..cume satu je ..aku akan jadi sebe salah.. itu je..saket hati gak fitnah2 nih..fitnah ni mende tak betul kn..kdg2 nk defend diri sendirik pon malas..sbb aku ade prinsip karutt…"smakin kte defend smakin org igt kte salah" hehe..itu prinsip aku…

tp aku bleh dianggap bertuah kerna mempunyai sahabat baik bangett~!! nk sebot nme dorang nih..
ngn characteristic skali.. hehe….(but fullname is a secret)

*Izni = besh woo ! caring pstuh pndai kasik nasihat pastuh mcm2 ah..kalo mrh mmg mantap!
suke wat math ngn die ..!! wuahaha..izni wat lawak comel je !

*farah adle = kasi opinion bernas gle..ni assist aku kt skol ah ! hehe~ time serio, serious.
time un-serio..hoh~!! xyah cakap ah..time plg best skali ! ahx..study,study gak..

*farah ais = kekeke..sifu x diiktiraf..tp ajarannya difahami gitu..advisor..honest..mcm2 lg.
enjoy time die story ! critical..hoho pedasss..namun ku telan juaa..hehe

*hana = haha..xyah ckp..biar aku je yg tau ! cam f.adle gak ! time un-serio satu malaya
gempak..tokey kedit gak ! best ..hang out pal ~!!

*ain = wa cakap sama lu ! ini budak manyak senyap lorh ! cite je bab korean drama tros
kaba umpama org ditampa org..ahaks..~ *dak static

*far= far merangkap surat kaba aku kt skol..sume tau! tanye je pape…worldwide die tau.(pdhal dok asrama ..brite mne tah die korek aa) advisor yg bagos ! nasihat die yg plg aku igt.."kne ready ngn ape2 kemungkinan"..huh mendalam tol~.. *dak paper + radio + tv..all can do it !

( * bukan nama sebenar)

ni kwn kt skol sme klas ngn aku ah [best of the best]..dorang tak cepat terasa,pandai jaga rahsia..pandai dlm sume aspek ah..Thank You Allah for this ukhuwwah.pecaye kawan.. tak pnah act talam dua muka..aku mmg bersyukur dpt kwn ngn dorang..kitorang harap dpt 9 A’s same2 nnt.InsyaAllah..so bleh same klas..leh SMU same2..(far je nk pegi jauuhh…~ apo ar) doakn kitowang..

Saudaraku
Jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dengan amaran2 ALLAH
Jika aku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiah PENCIPTA
Jika aku lemah tak berdaya
ingatkanlah aku dengan kehebatan SYURGA
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan
ajaklah aku meleraikan segera
Jika hatimu pernah terluka
luahkanlah ia agar aku berubah
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga
iringilah aku dengan kalungan Al-Fatihah
berjanjilah saudaraku
Ukhuwwah kita utk selamanye