Archive for October, 2006

Jiwa yg cacat

salam alaik

Herm, cepat btul Ramadhan nk abes.hrp2 aku dah spend time wisely during this carnival of ibadah, InsyaAllah.Huhu~  PMR dh abes dah !! wajar ke nk ckp aku dh merdeka ? msh ade struggle yg xkan habis kn ?..mudah mudahn ar.Ramadhan….jumpe lg ke aku ngn ko taun dpn..

Td old bes fwen ade kol psl iftar sri aman.xtau nk gi ke x.sian die ..duration die kol aku mmg lame geloo la.(byk story yg digembar gemburkn..maklum ler dua taun dh tarakk kol..xsilap aku la).sebe salah plak~ hana baru lps kol..tekejot gak aku ble tau sorang sahabat accident..pity her ! sok smu..hope die leh buat xm smoothly…ujian~
Hish ! psl pindah skola..ko nk pindah ke ? aku jwp xtau.majoriti nk pegi kot.argh..ape yg aku nk smpaikn senanye kt sini..text blank jap !

Nak dijadikn cerite….raya pon dh nk dkt..so nk raya lh kite !erk..pe aku ngarot nih…

(proceed~~)
mcm ni la..aku kn dh abes PMR skang so aku ade bce satu buku ni entitled la tahzan..ade 3 version sume nye..tp aku dihadiahkn oleh seseorang version yg berbahasa Melayu..
(May Allah bless the person who gave me dat precious book..amin) 
….buku ni mula2..to be honest….’membosankn’..+++Plus plak~ aku yg lps PMR..can’t deny aku pikir nk enjoy je skang..u know..beban study dh abes..aku maximum kan >>
(baca kamoo ! baca !) force diri aku sendirik nk bace buku tuh..sblm tuh aku bace buku fear street dlu ( sekerat hari je dh abes…cett!) tp lain plak ngn buku la tahzan ( buku motivasi rohani)…malas nk tipu…satu bab je aku bace satu hari…(jahilnye aku…sobss..hnifss)
aku proceed bace bace ..dan bace…smakin tertarik minat aku nk bce..fact ! buku nih mmg didik melalui rohani sumone la..
(lagi2 aku…)..se-slow slow aku bce..setiap word tu kasi panahan yg hebat wal mendalam buat aku la (zasss~~   arkkkk )..buku ni buat muhasabah diri mmg seswai sesangat …manusia pd dasarnye mmg ade kelemahan & kekurangn…xleh nafikn..
try treasure buku La tahzan/ jgn bersedih / don’t be sad…

mse kt ym..ade sorang kakak senior hira’..batch lapan x silap..aku yg add~..die ade kasi aku link blogdrive die.. http://alqasam.blogsome.com/ …aku respect tol blog die..sila bukak ye…tafadhal~~(can’t copy paste the link here ler..mozilla aku jd ngade2 tetibe xleh nk copy plak…bleh ke bukak ? hihihi)

…wuwuw..baru ku sadaari cinta..rupa2nya gurauan..ceh~!! tade ah..gurau je..sejak dua menjak ni..aku reflect blk pe dh jadi taun ni..byk bende aku buat salah ler…salah bodoww!!.kdg2 cam xleh nk trime jek ! tp aku try handle seboleh boleh nye…aku cube berkata benar..walaupn ade yg saket hati..InsyaAllah aku dh act yg terbaik..truth ! sweet 15 is..trully "ku diambang remaja"..byk gak obstacle taun nih..ajar aku ttg hidup lg InsyaAllah…mematuredkn aku lg mudah mudahn.(wutta ???)
…based on buku la tahzan die ade ckp cani (die xckp ler ..tertera kt situhh):-

JIKA KAMU MENGIMPIKAN KESEMPURNAAN DI MATA ORG LAIN TERNYATA KAMU MENGHARAPKN PERKARA YG TIDAK MUNGKIN.(lebih kurang cani la kots..ayat die puitis thp MAX!!!…TP aku suke)

hmm…dgn word nih..aku rse relief sket ! bkn nye nk kate..hooo aku perfect..hooo aku baik…tidak tidak dan tidak !!! cuma kesedaran dlm diri aku..aku try stop ape yg tak patut aku laksanakn..aku try elak ..aku try try & try..bia laa org nk kate aku poyo ke…sombong ke..dgn izin ALLAH..mudah2an aku dh buat ape yg patot..mmg xleh nk jd perfect tp kte bleh bekki..ape yg salah.( biala rahsia / biar aku je yg tau = biar tuhan je yg tahu..)

"DAN BOLEH JADI KAMU BENCI TERHADAP SESUATU PERKARA PADAHAL IA BAIK BAGI KAMU" (aL-Baqarah - 216)..……..InsyaAllah.kte sume dpt petunjuk drpdNya..amin

berzikir bleh tenangkn hati dan fikiran..nnt aku story dlm post yg lain ! mmg menarik tol tajuk lam bku tuh..aku try share..n elak copyright..hehehe…end

Buta kerana Tangisan Makrifat Allah

Muhammad Ibn Al-Munkadir
Matanya Buta Kerana Tangisan Makrifat Allah

Disebabkan rasa takutnya kepada Allah membuatnya dapat menangis setiap kali ia membaca Al-Quran dan setiap kali solat. Oleh sebab itu, bumi tempat sujudnya basah oleh air mata. Ia juga menangis saat ia sedang menyendiri berfikir tentang hari kiamat, kesengsaraan di padang Mahsyar, menunggu hisab dan lain sebagainya. Ia adalah seorang miskin yang hanya memiliki pakaian yang dipakainya saja dan sebuah tempat tidur usang. Ia berpendapat bahawa dunia dan semua isinya telah datang kepadanya. Kerana kesihatannya banyak menolongnya untuk beribadah kepada Allah, dan banyak membantunya untuk berjaga malam dalam melaksanakan solat dan berzikir kepada Allah. Muhammad Ibn Al-Munkadir masih membujang meskipun ia telah mencapai usia dewasa. Perkara itu dikeranakan ia tidak memiliki harta untuk membayar mahar pernikahan dan ia juga tidak mempunyai perabot rumah tangga. 

Muhammad IbnAl-Munkadir mempunyai hubungan darah dengan Abu Bakar Siddiq. Hubungan darah keduanya bertemu pada datuk yang bernama Sa’ad Ibn Tamim. Pada suatu hari, hubungan kekeluargaan ini mendorongnya datang ke rumah Aisyah binti Abu Bakar untuk mengadukan keperluannya pada Aisyah dengan harapan barangkali Aisyah dapat membantunya menutup pedihnya kelaparan dan pahitnya kemiskinan. 

Setelah ia mengutarakan penderitaannya kepada Aisyah, Aisyah berkata: “Andaikata aku mempunyai wang 10,000 dirham nescaya akan kuberikan kepadamu. Pada hari itu juga, tiba-tiba Muawiyah Ibn Abu Sufyan mengirim wang 10,000 dinar kepada Aisyah. Hingga Aisyah berkata pada dirinya sendiri: Alangkah cepatnya apa yang kamu angan-angankan wahai Aisyah.â€� 

Akhirnya Aisyah segera mengutus seseorang untuk mencari Muhammad Ibn Al-Munkadir, kemudian ia memberikan wang 10.000 dirham dimaksud. Wang itu dipergunakan Muhammad Ibn Al-Munkadir untuk membeli seorang hamba wanita untuk dijadikan isterinya. Maka dia kemudian mengakhiri masa bujangnya dan menempuh hidup baru sehingga Allah memberi kurnia kepadanya 3 anak. Ketiganya bernama: Muhammad, Abu Bakar dan Umar. Ia memberi nama mereka seperti nama Rasulullah dan dua sahabat baginda. 

Pada suatu hari, salah seorang tetangga Muhammad Ibn Al-Munkadir menderita sakit keras. Setiap malam si sakit itu tidak boleh tidur dan menjerit-jerit kerana kesakitan. Sementara itu Muhammad juga mengeraskan suaranya dalam memanjatkan syukur kepada Allah. Ketika ia ditanya mengenai hal itu, ia menjawab: “Tetanggaku yang sakit itu mengeraskan suaranya kerana sakit, sedangkan aku mengeraskan suara kerana mendapat nikmat.â€� 

Pada suatu malam, Muhammad solat dan menangis sangat lama sehingga keluarganya merasa cemas. Mereka bertanya kepadanya mengapa ia menangis? Tetapi ia tidak menjawab pertanyaan itu bahkan terus menangis sehingga mereka menyangka ia sedang mendapat suatu musibah. Maka mereka memanggil seorang sahabatnya yang bernama Abu Hazim. Mereka memberitahukan pada Abu Hazim tentang masalahnya. 

Maka Abu Hazim datang kepadanya dan bertanya, Apa yang menyebabkan ia menangis, sebab keluarganya mencemaskan dirinya. Ia menjawab bahawasanya ia merasa takut setelah membaca Al-Quran yang ertinya: “Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan.â€� Mendengar hal itu Abu Hazim ikut menangis bersamanya sehingga keluarganya menegur Abu Hazim mengapa ia menangis padahal ia dipanggil mereka untuk menenteramkan hatinya. Maka Abu Hazim memberitahu mereka tentang sesuatu yang menyebabkan mereka menangis. 

Muhammad Ibn Al-Munkadir berkata: “Sesungguhnya Allah selalu menjaga orang mukmin dalam anaknya, cucunya dalam rumahnya, dan rumah yang ada di sekitarnya. Mereka sentiasa dalam lindungan Allah selagi mereka masih di tengah mereka.â€� Muhammad tidak pernah melihat jenazah orang mukmin melainkan ia ikut menyembahyangkannya, meskipun orang yang meninggal itu orang jahat. 

Pada suatu hari ia ditanya, “Mengapa kamu mahu solat atas jenazah si fulan?� Jawabnya, “Kerana aku malu kepada Allah jika aku melihat diriku, bahawa rahmat-Nya tidak sampai pada salah seorang dari hamba-Nya.�
Di rumah yang selalu dinaungi ketakwaan, dihiasi sikap wara’ dan disinari cahaya Al-Quran, di situlah anak-anak Muhammad Al-Munkadir berkembang. Oleh kerana itu mereka pun seperti bapanya, baik dalam segi keimanan, tingkah laku mahupun ketakwaan mereka kepada Allah, hingga rumah mereka berubah menjadi tempat ibadah.

Di dalam rumah itu mereka membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu pengetahuan. Umar Ibn Muhammad Al-Munkadir tidak pernah tidur pada malam hari dan ia banyak menangis kerana takut kepada Allah. Ketika ibunya merasa cemas padanya, maka ibunya meminta bantuan saudaranya Muhammad Ibn Muhammad Al-Munkadir, ia berkata: “Sungguh aku sangat kasihan kepada saudaramu Muhammad kerana apa yang dilakukannya, jika kamu yang menasihatinya dalam hal ini, barangkali ia akan kasihan pada dirinya sendiri.â€� 

Maka Muhammad berbicara empat mata dengan Umar, saudaranya, ia berkata pada Umar. “Sungguh apa yang kamu lakukan itu membuatku sedih kerana memikirkan keadaanmu.� Jawab Umar. “Sungguh, bila malam tiba aku merasa takut, kerana itu aku membaca Al-Quran, dalam membaca Al-Quran aku mendapat kenikmatan yang tidak dapat dibandingkan dengan dunia seisinya. Adapun yang menyebabkan aku menangis, kerana aku takut Allah tidak menerima amalku. Demikian itu, kerana aku telah mendengar sebuah hadith Rasulullah SAW yang dimaksudnya begini. “Sungguh ada seseorang yang selalu mengerjakan amalan ahli syurga sehingga jarak antara ia dan syurga tinggal satu dzira’ (lengan), kerana takdir telah mencatat ia sebagai ahli neraka, maka tiba-tiba ia melakukan amalan ahli neraka hingga ia masuk neraka.�

Setelah itu, Umar diam sejenak, kemudian ia berkata lagi: “Wahai Muhammad, tidakkah kamu tahu, bahawa ayah kita juga sering menangis kerana takut kepada Allah hingga kedua matanya buta? Sungguh aku akan menghabiskan hidupku hanya untuk beribadah kepada Allah dan mengabdi kepada-Nya. Wahai saudaraku, orang-orang yang dahulu beriman berkata: “Di antara tanda-tanda diterimanya suatu amalan ialah, bila air matamu keluar sedangkan kamu tidak merasa. Dan tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.â€� 

Demikian itulah kehidupan Muhammad Ibnu Al-Munkadir dan anak-anaknya. Suatu keluarga mukmin yang selalu mengingat Allah setiap saat. Masing-masing selalu menghisab dirinya dalam setiap tingkah lakunya. Semoga keluarga Muhammad termasuk keluarga yang bahagia pada hari kiamat dan termasuk keluarga yang dinaungi Allah pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan-Nya.

Menjelang hari wafatnya, wajah Muhammad Ibnu Al-Munkadir tampak gelisah. Ketika ia ditanya, “Mengapa kamu kelihatan gelisah?â€� Jawabnya: “Aku takut pada ayat Al-Quran yang berbunyi: “Dan jelaslah azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Aku takut aku akan melihat siksa Allah yang tidak pernah aku perkirakan sebelumnya.â€� 

Salah seorang yang duduk di sampingnya di saat ia hampir meninggal dunia berkata padanya: “Wahai Muhammad, aku melihat sepertinya ajalmu telah dekat.� Tetapi Muhammad masih kelihatan tenang hingga tiba-tiba sahabatnya melihat wajah Muhammad bersinar seperti bulan. Maka Muhammad Ibnu Al-Munkadir berkata pada sahabatnya: “Andaikan kamu melihat tempatku nanti, nescaya kamu akan senang.� Kemudian ia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peristiwa itu terjadi di tahun 131 H

Dipetik Dari Buku: 2002 Permata - Kisah-kisah Insan Pejuang (Siri 2)
Pengarang: Abu Hikmah Al Husni