Umi..Di Manakah Abi?
Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran
rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah
terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit
kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang
suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses
perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya
kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun
begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai,
tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh
suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah
seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang
masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak
terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang
seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya
pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri
seorang ibu.
"Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi."
Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun
begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa
yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata
suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir
si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan
tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.
"Aiman. Aiman sayang ummi kan? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga
Aiman."
Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya
mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga
meresapi ke jiwa si anak yang masih ‘hijau’ ini.
b"Aiman ingat lagi
tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu
pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau
sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di
dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh
ziarah ai."
"Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang
jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi
Aiman orang jahat?"
Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan
petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya
sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu
mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap
suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak
dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang
tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia
adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat
seperjuangan.
"Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap,
orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu
tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik,
Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah
dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana
mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan
kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah."
"Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?"
"Benar
Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan
kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah
pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak
disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin
menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan."
"Aiman minta maaf
ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji
ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi
redha anak ummi ini dipenjarakan."
Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.
"Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah.
Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi
dodoikan."
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan….
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman…
Malam
itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang
bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak
menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya
esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. "ummi, di
manakah abi?" Entahlah, si anak yang masih ‘hijau’ apalah yang hendak
dimengertikan…
- the end -
isk sedeyh gle.aku lg gle xbce utk xm esk.cite nih aku rse sempena nasyid by Arraid entitled dimanakah abi.[lyric cum 1st then bru evaluate wt cite nih] nnt ak upload.iskiskisk
byk lg karya lam nih;
http://karyamuslim.blogspot.com/
karya ni pn dr pnulis yg sme agknye